Kira Bilangan Nombor Bulat

|

Soalan ini agak mudah, mungkin pelajar sekolah rendah pun boleh menjawabnya. Namun, sebagai tambahan kiriman di sini, saya ketengahkan soalan berikut:

Mencari Bilangan Nombor bulat
Berapa banyakkah nombor bulat yang mengandungi angka 1 di dalamnya bermula daripada 1 hingga 100? Untuk peringatan: 21 ada angka 1, tetapi nombor 99 tidak. Cuba kira!
Sila beri jawapan dalam komentar di bawah!

Okay! Sekiranya anda telah mendapat jawapan yang tepat pada soalan pertama, cuba kira pula berapa banyakkah nombor bulat yang mengandungi angka 7 di dalamnya bermula daripada 1 hinga 100. Untuk peringatan: 37 ada angka 7, tetapi 14 tidak. Cuba kira cara mudah!
Semua digalakkan menjawab termasuklah pelajar-pelajar hatta guru-guru pun boleh menjawab. Sila beri jawapan dalam komentar di bawah!

Catat Ulasan