Uji Minda - Untung RM1

| 4 ulasan

Soalan uji minda kali ini amat simpel sekali. Soalan matematik bebudak darjah 4 pun boleh jawab. Soalannya macam ni:

Zali seorang budak yang miskin.. dia xde duit..tapi dia nak beli uniform sekolah.. tapi uniform tu harga RM50 sepasang. So dia pinjam dengan kawan dia Ali RM25 dan dengan Budin RM25.  Jadi la RM50.. Jadi dia pegi la nak beli baju tu kat supermarket.. masa dia pegi tu, dia tengok harga uniform tu tengah SALE dengan harga RM45.. dia bayar then dapat baki balik RM5. So dia bagi balik kat kawannya Ali RM1 dan Budin RM1 juga. Jadi, baki ada dgn dia tinggal RM3.. dia hutang kawan dia Ali RM24 dan Budin RM24 (sebab dah bagi balik RM1 tadi).. jadi hutang dia dgn member dia RM48.. dan kat dia ada RM3 sekarang. Bila tambah RM48+RM3=RM51; aik, kenapa boleh ada RM51, sedangkan dia pinjam RM50?? Dah untung RM1 ke? Macamana benda ni boleh berlaku? Tolong jawab....

Darab Cara Mudah - Nombor Asas 100

| 3 ulasan

Pada entri ini, saya nak kongsikan cara mengira hasil darab 2 nombor 2 digit yang hampir dengan dengan 100. Biasanya, ramai yang menggunakan kaedah menggenapkan nombor-nombor tersebut kepada 100 untuk mengira. Misalnya contoh di bawah:

98 x 98 = (98 x 100) - (98 x 2)
             = 9800 - 196 = 9604
Kaedah ini mungkin agak cepat, tapi memerlukan anda pantas mengira hasil tolak di atas. Walau bagaimanapun, saya akan berkongsi bagaimana meringkas cara pengiraan hasil darab di atas. Berikut adalah cara pengiraan tersebut. Anda haruslah ingat bahawa nombor-nombor bersandarkan kepada nilai 100 (base number 100) sebagai nilai terhampir. Oleh itu:

Matematik Magik - Betul tapi Salah!

| 0 ulasan


Pada entri kali ini, saya ingin membuktikan bahawa kaedah algebra dalam matematik seharian adalah magik, betul tapi salah! Kadang-kadang kita tidak terfikir apa yang kita gunapakai selama ini apakah benar-benar betul atau pun tidak. Sebagai se orang guru matematik, saya ingin buktikan bahawa ada kalanya matematik ini memang pelik dan betul-betul magik. Cuba lihat 4 kes magik matematik di bawah:

Kira Bilangan Nombor Bulat

Soalan ini agak mudah, mungkin pelajar sekolah rendah pun boleh menjawabnya. Namun, sebagai tambahan kiriman di sini, saya ketengahkan soalan berikut:

Mencari Bilangan Nombor bulat
Berapa banyakkah nombor bulat yang mengandungi angka 1 di dalamnya bermula daripada 1 hingga 100? Untuk peringatan: 21 ada angka 1, tetapi nombor 99 tidak. Cuba kira!
Sila beri jawapan dalam komentar di bawah!

Okay! Sekiranya anda telah mendapat jawapan yang tepat pada soalan pertama, cuba kira pula berapa banyakkah nombor bulat yang mengandungi angka 7 di dalamnya bermula daripada 1 hinga 100. Untuk peringatan: 37 ada angka 7, tetapi 14 tidak. Cuba kira cara mudah!
Semua digalakkan menjawab termasuklah pelajar-pelajar hatta guru-guru pun boleh menjawab. Sila beri jawapan dalam komentar di bawah!