Fenomena Black Hole - Nombor 123 Ajaib

| 3 ulasan

Dalam astronomi dan ilmu fizik, kita mengenal adanya suatu fenomena alam yang sangat menarik iaitu lubang hitam (black hole). Lubang hitam adalah suatu entiti yang memiliki medan graviti yang sangat kuat sehingga setiap benda yang telah jatuh di persekitaran zon magnetik tersebut (daerah di sekitar inti lubang hitam), tidak akan boleh keluar lagi. Bahkan radiasi elektromagnetik seperti cahaya pun tidak dapat melarikan diri, akibatnya lubang hitam menjadi “tidak kelihatan”. Ternyata, dalam matematik juga fenomena yang unik wujud dan mirip dengan fenomena lubang hitam iaitu bilangan lubang hitam. Walau pun ianya hanya sebagai analogi dengan kejadian sebenar lubang hitam, namun uniknya fenomena matematik ini amat menarik sekali. Apakah yang dimaksudkan dengan bilangan lubang hitam ini atau bagaimana sebenarnya bilangan lubang hitam itu? Mari kita bermain-main sebentar dengan angka yang mewujudkan hasil yang unik ini.


3 Soalan Uji Minda Matematik


Di sini saya ingin ketengahkan 3 soalan uji minda matematik yang melibatkan logik dan sedikit metod algebra untuk menyelesaikannya. Soalan ini boleh dikategorikan daripada mudah (soalan 1) kepada susah (soalan 3). Diharap anda semua dapat menyelesainya sebelum saya memberi jawaban. Tuliskan jawaban anda dalam komentar/ulasan di bawah:


Rahsia Angka dan Keajaiban Al-Quran

| 1 ulasan


Kata-kata dalam Al-Qur’an, dengan sejumlah pengulangannya merupakan Mukjizat, jumlah kata-kata dalam Al-Qur’an yang menegaskan kata-kata yang lain ternyata jumlahnya sama dengan jumlah kata-kata Al-Qur’an yang menjadi lawan kata atau lawannya dari kata-kata tersebut, atau diantara keduanya ada nisbah kontradiktif.

Al-Qur’an tidak hanya terbatas pada ayat-ayat mulianya, makna-maknanya, prinsip-prinsip dan dasar-dasar keadilannya serta pengetahuan-pengetahuan gaibnya saja, melainkan juga termasuk jumlah-jumlah yang ada dalam Al-Qur’an itu sendiri, begitu juga pengulangan kata dan hurufnya, orang-orang yang melakukan ‘ulum’ Al-Qur’an sejak dulu sudah menyadarai adanya fenomena tersebut mempunyai maksud dan tujuan tertentu.

Teknik Mempelajari Matematik

RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.


Mari Bermain Angka – Menariknya Matematik


Entri ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa matematik merupakan satu subjek yang menarik untuk dipelajari. Bermain dengan nombor dan angka ini sememangnya boleh membuatkan otak kita berfikir sejenak, alangkah uniknya dunia ini! Di sini saya paparkan 10 situasi bagaimana angka-angka digunakan untuk mengira boleh menjelmakan satu jawapan yang seolah-olah senang dan unik. Sila perhatikan penyelesaian di bawah:

10 Cara Mudah Mengira Dalam Matematik


Dalam kaedah matematik, sebenarnya ada pelbagai cara mudah untuk mengira hasil darab sesuatu nombor. Kaedah mungkin bertambah kompleks sekiranya nombor yang anda gunakan itu semakin kompleks. Namun untuk mengira hasil darab dalam matematik seharian, ada 10 cara mudah yang boleh kita gunakan tanpa memerlukan kalkulator. Berikut adalah 10 kaedah tersebut:




Tips Apabila Hampir Dengan Peperiksaan

| 0 ulasan

Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa

2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari Wukuf di A'rafah
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih

Selamat Datang ke Dunia Cikgu Farhan..

Selamat datang ke Dunia Siber Cikgu Farhan. Semua, samada pelajar mahu pun guru dan warga yang lain dialu-alukan untuk berkongsi idea dan pandangan untuk memeriahkan lagi suasana blog peribadi ini. Sila beri ulasan dan pendapattentang topik-topik yang saya tuliskan di sini.

Sekian terima, kasih.

Cikgu Farhan.