Darab Cara Mudah - Nombor Asas 100

|

Pada entri ini, saya nak kongsikan cara mengira hasil darab 2 nombor 2 digit yang hampir dengan dengan 100. Biasanya, ramai yang menggunakan kaedah menggenapkan nombor-nombor tersebut kepada 100 untuk mengira. Misalnya contoh di bawah:

98 x 98 = (98 x 100) - (98 x 2)
             = 9800 - 196 = 9604
Kaedah ini mungkin agak cepat, tapi memerlukan anda pantas mengira hasil tolak di atas. Walau bagaimanapun, saya akan berkongsi bagaimana meringkas cara pengiraan hasil darab di atas. Berikut adalah cara pengiraan tersebut. Anda haruslah ingat bahawa nombor-nombor bersandarkan kepada nilai 100 (base number 100) sebagai nilai terhampir. Oleh itu:



Contoh 1:

98 x 98 (ingat 98 adalah -2 drp 100, silangkan hasil tolak kedua2 nombor tersebut iaitu 98 -2=96)
oleh itu,
             2 digit pertama = samada 98 (-2) x 98 (-2) = (98-2)=96
         2 digit terakhir = (-2)x(-2) = 4 = 04

         Oleh jawapan = 2 digit pertama, diikuti 2 digit kedua                      = 9604 (jawapan akhir 4 dijadikan 04 sebab nombor dasar adalah 100)

Contoh 2: 
 97 x 96 (ingat 97 adalah -3 drp 100 atau 96 adalah -4 drp 100, silangkan hasil tolak nombor2 tersebut iaitu 97-4 atau 96-3 = 93)
oleh itu,
                      2 digit pertama = samada (96-3)atau (97-4) = 93
               2 digit terakhir = (-3) x (-4) = 12
oleh itu jawapan = 9312

Contoh-contoh lain boleh disimpulkan seperti dalam gambarajah di bawah:




Nah begitulah cara mudah untuk mengira hasil darab 2 nombor yang hampir dengan 100. Cubalah dengan nombor-nombor lain. Anda akan dapati, anda dengan mudah dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa kalkulator, bahkan hanya dengan menggunakan minda anda dalam beberapa saat sahaja. Saya akan membuat entri lain berkenaan cara mudah mengira dalam matematik. Semoga bermanfaat...

Catat Ulasan