Mari Bermain Angka – Menariknya Matematik


Entri ini semata-mata untuk menunjukkan bahawa matematik merupakan satu subjek yang menarik untuk dipelajari. Bermain dengan nombor dan angka ini sememangnya boleh membuatkan otak kita berfikir sejenak, alangkah uniknya dunia ini! Di sini saya paparkan 10 situasi bagaimana angka-angka digunakan untuk mengira boleh menjelmakan satu jawapan yang seolah-olah senang dan unik. Sila perhatikan penyelesaian di bawah:



1 – Nombor 111,111,111 Ajaib
Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan 12345678987654321
2 – Ternyata angka 9 adalah angka yang menarik
Selain boleh diterbalikkan menjadi nombor 6, 9 ternyata boleh membentuk satu sistem darab yang berpiramid seperti berikut:
9 x 9 = 81
99 x 99 = 9801
999 x 999 = 998001
9999 x 9999 = 99980001
99999 x 99999 = 9999800001
999999 x 999999 = 999998000001
9999999 x 9999999 = 99999980000001
99999999 x 99999999 = 9999999800000001
999999999 x 999999999 = 999999998000000001
3 – Uniknya angka 11 & 101 & 1001
Angka sebelas merupakan angka yang unik. Sebarang nombor 1 digit yang di darab dengannya menghasilkan angka yang sama yang berulang. Contohnya dapat dilihat dibawah:






  • 1 x 11 = 11






  • 2 x 11 = 22
  • 3 x 11 = 33
  • 4 x 11 = 44
  • 5 x 11 = 55
  • 6 x 11 = 66 dan begitulah seterusnya sehingga angka 9 = 99
Bagaimana pula nombor 101 – keunikan ini berulang seperti angka 11 di mana kali ini ia memerlukan angka 2 digit seperti berikut:






  • 11 x 101 = 1111












  • 12 x 101 = 1212












  • 13 x 101 = 1313












  • 27 x 101 = 2727












  • 51 x 101 = 5151, sehinggalah nombor 99 x 101 = 9999






Sekiranya angka 101 memperolehi keputusan sedemikian, bagaimana pula dengan angka 1001. Bolehkan anda teka hasil darabnya? Cuba kita kaji keputusannya di bawah ini:






  • 7 x 1001 = 7007












  • 14 x 1001 = 14014












  • 35 x 1001 = 35035












  • 88 x 1001 = 88088












  • 101 x 1001 = ??












  • 222 x 1001 = 222222












  • 500 x 1001 = 500500












  • 1001 x 1001 = ?? (atau mungkin berfungsi setakat 999 iaitu 3 digit sahaja)






4 – Nombor magik 9< /STRONG >
Seperti yang saya katakan sebelum ini, nombor 9 merupakan satu nombor yang unik dan magik. Jika nombor tersebut terdiri daripada nombor yang hasil jumlah dalam digitnya boleh menghasilkan nilai 9, maka ianya boleh dibahagi dengan 9. Contohnya nombor 9, 18, 711, 1881, 3492, 123453 dan seumpamanya boleh dibahagi dengan 9. Dengan kata lain jika hasil tambah ke semua angka tersebut boleh dibahagi dengan 9, maka angka tersebut boleh dibahagi dengan 9. Lihat gambarajah di bawah untuk mudah faham apa yang dimaksudkan.
9no1 9no2
9no3
9no4
Oleh itu nombor 123456789 boleh dibahagi dengan 9 – betul tak?
BETUL kerana 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = 45 ( 4+5 = 9) Dengan kats lain,
5 -Nombor 3 Yang Pintar
Jika sesuatu nombor itu boleh dibahagi dengan 3, maka ubah suai posisi digit pada nombor berkenaan kepada pelbagai posisi masih menjadikannya boleh dibahagi dengan 3.
Contoh: nombor 123 boleh dibahagi dengan 3. Jadi ubahkan posis setiap nombor tersebut menjadi 132, 213, 231, 312, 321. Semuanya boleh dibahagi dengan 3. Percaya tak?
Cuba cari nombor lain yang boleh dibahagi dengan 3 dan cuba manipulasikannya dengan mengubah setiap posisi angka dalam nombor tersebut. Masihkan ia boleh dibahagi dengan 3?
6 – Nombor 3 Pintar Bersyarat
Bagaimana pula dengan nombor yang boleh dibahagi dengan 6. Percaya tak kalau saya katakan sebarang nombor yang boleh dibahagi dengan 6, tetap dapat dibahagi dengan 6 walaupun nombor tersebut ditukar kepada pelbagai posisi dalam nombor berkenaan. Betul! tapi dengan satu syarat iaitu nombor belakang sekali mestilah nombor genap.
Contoh:
Katalah nombor 270, jadi nombor 270 boleh dibahagi dengan 6, begitu juga dgn 720 dan 702 tetapi tidak 207.
Contoh 2: Nombor 1272. Nombor lain dari siri ini (genap di belakang) ialah: 2172, 2712, 1722, 7122, 7212
7 – Angka 016 Penyelamat Nombor 8
Tahukah anda bahawa sebarang nombor yang ada mampu menjadi nombor yang boleh dibahagi dengan 8. Contohnya bagaimana untuk menjadikan nombor 999 supaya dapat dibahagi dgn 8. Maka di sini angka 016 datang membantu. Sebarang nombor yang ditambah pada akhirannya dengan angka 016 akan menyebabkan nombor baru yang terhasil boleh dibahagi dengan 8. Lihat contoh di bawah:
999+”016″ menjadi 999016
13+”016″ menjadi 3016
Begitu juga dengan nombor-nombor berikut 7016, 77016, 777016,dan seterusnya, semuanya boleh dibahagi dengan 8.
8 – Lagi-lagi Nombor 11
Jika sesuatu nombor itu boleh dibahagi dengan 11, maka setiap nombor baru yang dihasilkan dengan menukar posisi dua digit yang berkedudukan secara alternate (bersebelahan) secara serentak juga boleh dibahagi dengan 11.
Contoh:
Nombor 154 boleh dibahagi 11. Jadi nombor baru yang ditukar posisi secara serentak menjadi 451. Begitu juga nombor 1122, jika ditukar posisi menjadi 2112 dan 1221. Nombor lain 3564 menjadi 6534 dan 3465. Magikkan?

Catat Ulasan