3 Soalan Uji Minda Matematik

|


Di sini saya ingin ketengahkan 3 soalan uji minda matematik yang melibatkan logik dan sedikit metod algebra untuk menyelesaikannya. Soalan ini boleh dikategorikan daripada mudah (soalan 1) kepada susah (soalan 3). Diharap anda semua dapat menyelesainya sebelum saya memberi jawaban. Tuliskan jawaban anda dalam komentar/ulasan di bawah:








Soalan 1 (Mudah)

Jika ada 2 orang bapa dan 2 orang anak dalam satu kumpulan, berapakah jumlah minima orang yang tedapat dalam kumpulan tersebut?

A. 2             B. 3             C. 4

Soalan 2 (Sederhana)

Cuba lihat sekuens (nombor siri) di bawah:

1, 11, 21, 1211, 111221, ____

Berapakah nombor seterusnya?


Soalan 3 (Susah)
Soalan ini melibatkan penggunaan algebra untuk mengiranya.

Fakta Sekarang:
Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya. Jadi, di mana bapanya sekarang? (hint*= rujuk masa entri ini dibuat! )


Silakan berfikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa anda punya kemampuan untuk
berfikir secara wajar...

Tetapi...... .
Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya
bahawa hal ini bukan JOKE semata....Cuba lihat jawapan di bawah..



Sekarang Ibunya ( I ) 21 tahun lebih tua dari Anaknya ( A )

I = A + 21

6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak

I + 6 = (A + 6) x 5
dimana I = A + 21

A + 21 + 6 = (A + 6) x 5
A + 27 = 5A + 30
27 - 30 = 5A - A
-3 = 4A

oleh itu A = -3/4 tahun

Bererti umur anaknya sekarang

* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.

Ini bererti anaknya sekarang belum dilahirkan (akan lahir dlm kira-kira 9 bulan kemudian)

Oleh itu sekarang bapanya sudah tentu berada di ..... (Tengok waktu entri di bawah...fahamlah sendiri!)

Catat Ulasan